Saturday, April 30, 2011

kepada Kentucky Fried Chicken

cepatlah sikit wehh masukkan gaji aku .nasib baik 1 may kau bagi triple .hahaha .

Tuesday, April 5, 2011

entri khas untuk puteri jawa dan bakal putera jawa

gua minta maaf sangat kat lu selama gua kenal dengan lu . ya ,gua tak pernah hargai lu . dah hilang lu baru lah gua menggelabah meracau semua . semangat gua , dunia gua dah hilang . dan gua tahu lu tak akan nak kat gua balik .memang salah gua .gua terima yang lu nak cari orang lain .gua harap lu dapat jumpa boipren yang dapat buat lu happy dan hargai lu sepenuhnya .gua kena terima yang gua dah hilang lu .baru gua tahu apa yang lu rasa dulu .gua minta maaf .




kepada bakal putera jawa ,



1.gua harap lu dapat hargai puteri jawa sepenuhnya dan secukup dan selebih rasa .
2.gua harap lu dapat buat dia happy sepanjang masa .
3.gua harap lu TAK AKAN dan PERNAH nak sakitkan hati dia .
4.tolong jangan paksa dia buat benda yang kau suka .
5.gua harap yang lu jangan kongkong ,control dia .
6.gua harap lu dapat faham dia .
7.bila lu dengan dia gaduh , biar lu yang mengalah .jangan ego .
8.ni lagi penting ,pastikan dia kenyang all the time ;)
9.tolong jangan annoying .
10.gua harap lu dapat berkorban untuk dia .
11.jangan berkira dengan dia .sebab dia tak pernah nak berkira dengan lu .jangan risau .
12.jangan pernah nak minta break-up dengan dia .
13.gua harap lu PERCAYA dengan dia .
14.jangan nak jealous tak tentu pasal .rujuk no 13 okay.
15.jangan merungut bila spend time dengan dia .
16.kalau boleh biar dia yang decide nak tengok movie apa .sebab dia gila tgk wayang .
17.bila berjalan ,pastikan lu rapat dengan dia .jangan nak jalan laju atau lambat daripada dia.
18.jangan pernah nak malukan dia depan kawan2 dia mahupun kawan2 lu .
19.tolong jangan buat dia jealous .
20.bila dia perlukan lu ,lu kena ada .
21.elakkan mencarut dengan dia.
22.respek dia kalau lu nak dia respek lu.
21.tahan sikit bila kena cubit dengan dia .memang sakit .gurau dia memang mcm tu .hee
22.jangan pernah halang dia buat apa yang dia suka .rujuk no 5.
23.belajar dengan dia .dia memang suka ajar orang .best bila dapat belajar sama .percayalah .
24.jangan buat dia menangis .bold that .
25.jangan buat dia marah .
26.jangan pakai short pants bila keluar dengan dia .pantang dia tgk bulu kaki .haha
27.kalau boleh cuba ikut citarasa rasa dia .rujuk no 10 .
28.jangan cer cuba nak tipu dia .
29.jangan PAKSA dia .dia cukup tak suka .
30.last, tolong SAYANG, HARGAI ,CINTA dia infinity .




insyallah ,lu dengan dia gua yakin boleh stay together forever if lu follow yang kat atas ni.gua menyesal banyak benda kat atas ni yang gua tak buat .dah hilang baru gua sedar .selamat tinggal SITI NOOR FARAHIN AB RAHIM .its hurt too much to know that you are not mine anymore .gua tak akan lupakan lu .goodbye .thank you for everything (:







goodbye .

Thursday, March 31, 2011

semangat yang hilang

sorry tiada mood untuk meng-update blog . semangat gua dah hilang .dunia gua dah padam . perlu masa mungkin .harap semangat gua buka balik pintu untuk gua .mood berkabung . assalaamualaikum .

Wednesday, March 23, 2011

entri khas untuk puteri jawa

sebab-sebab gua nak lu balik :

1 .gua sayang kau .
2.aku chenta kau (bahasa melayu klasik weh)
3.gua punya perasaan kat kau je .
4.gua nak kahwin dengan kau .(amboi,amboi,amboi )
5.gua tabole lupakan kau .
6.sbb kau punya aura magnet kuat .(kat gua je lah )
7.kau buat gua sayang kat kau wehh .
8.kau lain dari yang lain .
9.gua nak kau je yang teman gua tgk wayang (:
10.kau kuat makan . best .
11.kau berkorban masa,tenaga dan wang hengget semata2 nak ajar gua .respek.
12.gua nak duduk dekat london dengan kau . impian .
13.kau tak kedekut dengan gua . respek sekali lagi .
14.kau sentiasa menyokong gua punya minat . terharu .
15.kau punya IQ level tinggi .so konpem dapat anak bijak bestari .hee
16.kau selalu buat gua jeles . comel kan .haha
17.kau cantik .no doubt .
18.kau selalu buat gua rasa nak gaduh dgn kau .comel lagi .
19.kau orang baik yang baik . fahamkan .
20.gua sentiasa nak buat kau marah .suka tgk muka kau marah .
21.kau sentiasa buat gua nak kontek kau tiap2 hari .
22.kau couple gua paling lama . cayalah kita .
23.kau pelik .
24.sanggup tukar tuition center demi gua . respek dan terharu .
25.belikan gua kasut futsal walaupun kau tak minat aku main bola sangat .
26.sentiasa bersabar dengan gua .
27.gua tapernah jumpa lagi cubitan yang paling sakit tahap gaban . kau je yang boleh buat .kagum .
28.kau brutal . unik .
29.sebab gua sayang kau je tak lain tak bukan .
30.ye memang gua sayang kau .
31.sumpah tak tipu gua sayang kau .
32.kau mandrem gua eh ?haha
33 to infinity .sebab ILOVEYOUSOMUCH lah puteri jawa.








SITI NOOR FARAHIN AB RAHIM

Wednesday, March 16, 2011

jom berbasikal bersama AMIRzulhasni Awan

seperti biasa salam pengenalan pembuka bicara .assalamualaikum .seperti biasa juga pagi2 lagi gua dikejutkan oleh vibrator .haha gua nk ckp vibrate actually .terlucah pula .gua dikejutkan dari vibrate henpon gua .ok marah plak anis najwa nanti .sebenarnya gua pinjam henpon dia .henpon gua problem pula .tetiba je merajuk dengan gua .gua on je dia padam balik .merajuk lah tu en gua rasa .henpon anis canggih .ada flashlight ,lampu kuning wehh .ala henpon yang flashlight dia kat atas body tu .vintage tau henpon ni .haha .sial je gua dah pinjam komen pula .minta maaf anis time gua post ni setan duduk sebelah gua lah gua rasa .



berbalik pada vibrate tadi .vibrate tu berpunca disebabkan farahin koling .macam biasa lah ajak lepak .tapi kali ni awek indon drive .ok pembetulan,awek baru balik dari indon .minta maaf fina .gua tahu lu takan baca blog gua ni .fina ajak lepak .tapi dia tak ajak gua .gua sedih tapi gua peduli apa en fina .haha .setat dia camni .first fina pickup gua kat teratak mewah atok dan nenek gua .amboi mewah .metafora sangat kot .tapi bagi gua mewah .then hantar adik dia bermain bola bersama kawan adik dia .main bola apa gua tk tahu .jangan fikir lucah,tuhan marah .then pickup farahin pastu anis .



ngap ngap ngap .kitorang lepak makan jap .yeah kitorang plan nak p bukit cherakah .so kena makan dulu kasi kuat tenaga dalaman .malas cakap batin .nanti korang fikir lucah .kenyang perut suka hati .then hantar anis pulang .dia ada urusan dengan polis .buat hal lagi .kad pengenalan tak reti nak jaga .kan nak kena buat report .kemudian ,pickup farah pula .lepak rumah farah jap .mak farah mmg terbaik .cukup peramah dan tidak pemarah .then kitorang pun menuju lah ke destinasi yang ingin dituju .ohh lupa sebelum gerak aku makan gula2 yang mak farah bagi .saja bagitahu .


vroooom .......ekkkkkkkkkkk .sampai sudah bukit cherakah .'bang 4 orang' gua beli tiket .masuk sahaja terus gua dan farahin p tempat basikal .tak macam fina dgn farah p beli air dulu .nampak sangat lemah .haha .gua pilih basikal yang terbaik punya .kalau boleh gua tanak yang ada gear .tapi semua basikal kat situ ada gear .tak advance lah en .ok gua gebang .kalau boleh gua nak cari basikal yg macam anuar manang punya tapi takda .gua hampa .tapi memang best woo .memang syiok woo .memang best woo .memang memang lah .memang menguji habis lah .memang kena try lah .betul2 o liao !



vrooooom....ekkkk .sampai hakim seksyen 7 .lepak makan jap .kali ni lepak bersama boipren fina dan rakan2 boipren fina .boipren fina askar .sama gak dengan fina .training tiga bulan je .korang tahu lah training apa en .haha .berkhidmat untuk negara .bagus bagus .ramai gak kawan gua yang jadi askar .tak sangka betul lah gua .patriotik diorang ni .











kalau bagi gua basikal ni ,gua rasa takda masalah setakat naik bukit



Sunday, February 27, 2011

penantian yang cuak

assalamualaikum buat semua . anda semua apa khabar ? mood entry kali ni cuak . cuak bagi gua lah . korang buatlah mood sendiri .jangan buat mood bunuh diri sudah .bahaya tu apatah lagi berdosa .so jangan buat dosa .gua cuak sebab gua menanti . menanti apa kita tak tahu lagi . jom kita zassssss. oh lupa manada abang wahid lagi dah .boring kot 6 tahun asyik dengar zasssss je en .banyak benda yang gua menanti sebenarnya .kali ni gua nak share 2 penantian sahaja. jom kita terjah .ah sudah nas ahmad pulak menyibuk .



1 .SPM

pehh sapa tak cuak en bila dengar benda ni en . ada yang mati mengejut ohh .haha ye ye je gua ni .tapi macam rasional gak en .ok tak .spm punya test gua dah jawab dah .dah lama selamat dah kot sampai kat pemeriksa yang bertuah . sekarang gua menanti result plak .tak tentu arah oh dengar khabar angin yang merata2 ckp result nak keluar dah .rasa nak dengar angin kentut la plak .lagi indah kot .ok sumpah jijik .gua tgk buletin utama tiap2 hari takda plak .ya gua tgk tb3 punya berita .nak tgk tb1 satu punya jangan harap lah .dia punya pembaca berita macam nak tido je baca berita. sumpah boring .harap gua punya result dapat warna melayang lah.mari kawan2 spm semalaysia kita berdoa bersama2 .dapat juga pahala .amin .



2.LIVERPOOL VS MAN UTD .


ha yang ni dah confirm tarikh dia . tak macam SPM .6 Mac gua punya cuak datang .gua tahu yang liverpool mesti menang punya game ni .tapi biasalah perasaan cuak mesti ada .gua bukan apa , tengok liverpool punya perfomance menurun la plak .kalah plak dengan west ham tadi . kalau kalah sedas tapa lah gak .ni tak tiga das dia bagi .memang terasa kecewa .tapi tak apa ,mungkin abang gerrard demam kot .takpa dimaafkan .gua tahu yang lu simpan lu punya das untuk kasi gegar itu manyu .tasabar tunggu game ni. tak sabar nak berkokok depan fans setan merah .haha .nasib baik gua ada sifat sabar . ya gua masih beriman .alhamdullilah .

Wednesday, February 23, 2011

mamak berbulu kedekut .

selamat hari rabu . semalam gua cukup marah , geram ,mengigil serta rasa mahu mengamuk . gua bukan apa . rasa kecewa yang teramat kot . semalam lepas sahaja gua balik bermain futsal gua rasa letih . biasa lah letih tu kan . suruh usain bolt lari setempat pun dia akan cakap letih kot . ha padan siapa suruh tak minum power root . okay tada kena mengena . tengah gua khusyuk main futsal , bob lak ajak balik .kalau ikut tenaga gua ,setakat main lagi 2-3 jam tanpa henti tada masalah kot .gua pun balik .sampai je rumah gua terus mandi . gua capai tuala dan terus menuju ke bilik air . masuk je dalm bilik air gua pun...ha takan mandi pun gua nak cer citer cer citer en . lepas siap je solat dan mengemas kini diri semua ,gua terus baring depan tv .



5 minit kemudian



"syafiq jom pergi makan "sound ayah gua . memang cantik sangat lah tu en .perut gua pun dah main lagu sofia jane .terus gua menuju ke kereta bugatti veyron warna putih .cadangan demi cadangan disuarakan pasal nak makan kat restoran mana . akhirnya , cadangan gua diguna pakai . gua mahu makan kat maple . mungkin gua rindu nak tgk bulu dada maple kot . okay sumpah geli . ayah gua terus menuju maple di section 13 bersebelahan restoran upin dan ipin bak kata adik gua . nama restoran maple tidak didedahkan . haha . turun je dari bugatti veyron ,gua terus cari table terbaik . table terbaik bagi gua ialah table yg boleh tengok tv . "white coffee ais satu pastu nasi goreng thai melayu punya tanak mamak ok "gua order .




10 minit kemudian



"nasi goreng thai " sound maple bernama Ali . cantik warna nasi goreng thai itu. buat lagi gua tambah selera . sudu sama garfu gua ambil dengan penuh lemah lembut lagi lemah gemalai.gua terus menggodek2 nasi goreng thai itu . " shit! " gua mencarut dalam hati . hanya ada 3 ketul ayam kecik2 je dalam nasi goreng gua . ya gua boleh kira . nampak sngat lah kan betapa sikitnya lauk dlm nasi goreng gua . perasaan gua tak tentu arah . baca baris paling atas post gua ni . itu lah perasaan gua . ayah gua pun perasan melihat keadaan nasi goreng thai itu . "macam nasi goreng kantin sekolah " adik gua pula menyampuk .


10 saat kemudian


ayah gua pun terus mendapatkan tukang masak . sesi temu ramah pun dijalankan .malas plak gua nak type isu temu ramah itu .faham sendiri lah eh . part yang paling best ialah time tukang masak tu cakap " itu bos tak bagi saya letak ayam ,sotong mahupun udang lebih dalam masakan malah dia suruh saya kurangkan lagi " .kemudian , sesi temu ramah bersama bos pula diadakan .






*gambar sekadar hiasan










"babi punya mamak berbulu kedekut " gua mencarut dalam hati lagi .