Thursday, December 29, 2011

mencari sinar cahaya

Usai saja selesai menyiapkan assignment , perut Samnudi (bukan nama sebenar ) mula berbunyi tanda lapar . Samnudi mula pantas bergerak menuju ke tingkat bawah .Samnudi mencapai dompet dan lega sebaik melihat not rm 10 ada dalam dompet .Samnudi mula mengorak langkah menuju ke kedai mamak Jasmin Bistro yang terletak berhampiran rumahnya .Sampai saja Samnudi terus order teh tarik dan nasi goreng mamak .Sedang Samnudi leka menonton tv sementara memnunggu makanan yang tak kunjung tiba datang seorang pak cik India duduk satu meja tapi selang beberapa kerusi dengan Samnudi .Pak cik india mula menengur Samnudi .Ohh lupa nama pak cik itu Subra .nasib baik bukan Supra .


Uncle Subra : sorang saja ada makan ka ?

Samnudi : ha sorang je .

Uncle Subra : ohh belajar dekat mana ?

Samnudi : dekat Melaka .Uitm dekat situ .

Uncle Subra : ohh bagus .itu sekolah bila buka ?

Samnudi : tak tahu .saya dah habis sekolah .(Samnudi ingat mungkin Uncle Subra tidak dengar yang dia belajar di universiti ) .

Uncle Subra : ohhh dah habis sekolah .umur berapa ?

Samnudi : baru 18 .

Uncle Subra : 18 ? saya ingat 15 juga tadi .nampak muda lah .










* penulis cuba tidak mahu riak mahupun bangga maka penulis menggunakan Samnudi sebagai pertukaran nama .hik hik .ye ini adalah peristiwa yang benar berlaku .nak muntah ? pergi jahanam .kui kui





No comments:

Post a Comment