Wednesday, July 20, 2011

perubahan

pada saat ini aku berseorangan melayari kehidupan siber ini .ditemani sepupu aku yang lena diulit mimpi sambil mendengar alunan lagu-lagu blues .baru aku sedar yang lagu-lagu macam ni lagi feel dan bernyawa berbanding lagu-lagu selena gomez apatah lagi justin bieber .lagu-lagu wings ,scoin ,aris ariwatan ,data dan banyak lagi .kebanyakan lagu-lagu blues yang aku dengar melalui sepupu aku ,bob .dulu aku kolot ,bila bob atau kawan2 aku dengar lagu blues aku hentam mereka. aku hentam mereka ini poyo ,mat jiwang .aku jenis yang suka ikut flow .pesen tak ada pendirian .bila zaman shuffle aku sibuk nak shuffle .bagi aku itu semua pengalaman .tapi aku baru sedar ,yang lagu-lagu blues ni masih bertahan lagi sehingga kini .aku berharap yang aku ada pada zaman wings ,search pada waktu kegemilangan mereka dulu .zaman dimana belia muda-mudi bebas bertindak dengan cara meraka sendiri .






aku mahu sentuh tentang perubahan .perubahan bagi aku ada pros dan cons .banyak yang aku rasa kita perlu ubah .first kita perlu ubah mentaliti kita .orang melayu aku rasa masih jauh lagi ditakuk lama .masih lagi rela hidung ditarik ,ikut diktator itu .yang positif itu wajar kalau kita ikut,kita sokong ,kita terima .tapi bila kau sedar kau ditindas ,ditipu kau rela ditarik hidung lagi ? aku masih muda lagi nak cakap pasal ini ? come on lah .ubah mentaliti kita ,bergerak ke hadapan .aku jenis minat bola sepak .so ,aku bagi contoh tentang bola sepak .bola sepak kita takkan kemana selagi sultan ,ahli politik yang pegang .kalau bab sukan pun mereka ini gilakan kuasa untuk dipegang apatah lagi bab ekonomi ,pembangunan semua tu .maka kita semua inilah kena bersuara menentang .bagi jawatan presiden ,timbalan presiden ,setiausaha semua tu kepada mereka yang berhak ,yang layak.mereka yang bermain sukan itu .mereka yang cintakan sukan itu .bukan bola sepak saja yang dipolitikkan ,badminton ,sepak takraw malah aku rasa kalau galah panjang menjadi sukan dan ada persatuan, politician semua ini nak ada jawatan dalam persatuan ni .memang tak kemana kalau macam ni .semua golongan politikus ini nak pegang .nak terus lebarkan sayap ,empayar masing-masing .yang kat bawah ni macamana oi ?













entri ni pendek dan mudah .perubahan ada banyak cara .cara mana kau buat ?




No comments:

Post a Comment