Tuesday, August 23, 2011

puasa yang cemerlang







okay lagi seminggu nak raya .ha boleh dah lah kalau korang nak beli spender , g-string semua .eh jangan lucah bulan puasa .bulan tak puasa boleh .ada malaon-malaon yang cakap .aku tak cakap .semua dah buat lailatul qadar ? yang buat bagus .yang tak buat kalau hidup lagi tahun depan boleh buat .aku ? nampak gaya aku harap aku hidup lagi lah tahun depan .entah mengapa aku rasa aku malaon puasa kali ini .contoh pertama malaon aku ialah tidur .jenis tidur puasa kali jenis beruang aku rasa .dah macam berhibernasi dah .lepas sahur aku lompat tidur balik .kalau tengah hari bangun sebab aku ingat dah masuk time lunch .puasa mana ada lunch ye dak ? hampa ,aku sambung balik .azan maghrib lagi 10 minit baru mata segar je nak bangun .amboi amboi amboi .



malaon kedua sudah tentu terawih aku .entah kenapa time-time puasa ni la banyak aktiviti yang clash sama waktu terawih .contoh futsal .aku bukan apa ,boleh je tolak futsal tapi dapat jenis kawan-kawan muka comel pastu buat muka kesian .jenis sensitif ni tak boleh buat main .tak pasal2 keluar paper aku didakwa atas kesalahan buat kawan mati kerana merajuk .ahhh sudah .tapi gempak gak la en kalau berita tajuk macam tu .tak la bosan tak habis-habis keluar cerita putus jari ,putus tangan ,nak lagi havoc putus selipar main mercun .bosan kan .ha lupa ,kawan aku ada jual mercun .harga agak murah ikut pasaran antarabangsa .kamon ,raya tak meriah tanpa letupan tahu ? yang pasal terawih tadi ,okay memang salah aku .malas terawih banyak alasan .biasa aku orang melayu lah .amboi amboi amboi .



lupakan pasal malaon .sabtu lepas ,aku dan sepupuku mengambil peluang cuti dengan niat mahu membeli-belah di sebuah pusat membeli-belah terkemuka .ahhh cilakanya ayat aku .aku ,azim ,bob ,chen ,ikhwan 'the PES loser' black nak shopping raya .family shopping gitu lah .lagipun chen sudah dapat kereta .kancil dengan enjin mitsubishi ,body kalis peluru dan dilengkapi peluru berpandu .then sampai sana chen parking kat kawasan perumahan sekitar situ .dia kata apa kelas kereta power parking dalam shopping complex .amboi .betul-betul sampai dekat entrance dah ada minah bagi flyer .kalau flyer bab kereta ke beca ke takpa lah ,ini tak nah kau gambar makanan baik punya .potong stim dah mood nak shopping .hilang dah 5 customer restoran minah flyer tu .siapa suruh buat lawak tak kena masa .




jalan punya jalan punya jalan .azim beli satu jean .bob beli satu t-shirt .aku ,ikhwan ,chen belum terbuka hati lagi .takda pilihan yang menarik .kalau ada ,celaka saiz pula takda .bila ada saiz besar takda size kecik .bila ada size kecik takda size besar .haram betul .then chen ajak tengok wayang .aku ,ikhwan dah baik punya .lagi dua budak gemuk tu macam tak nak .3 lawan 2 takkan 2 menang plak ye dak .tapi tapi tapi ,itu wayang pula bergurau kasar .semua stok movie nak start pukul 5-6 .takan nak buka puasa dalam wayang plak .kang tak sampai waktu lagi aku boleh terlupa kang telan bertih jagung .tak nak ambil risiko ,aku ambil langkah selamat tanak tengok wayang .jalan jalan punya jalan lagi dah nak berbuka .pastu sambung lagi jalan punya jalan .kesimpulannya ......



.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.






celaka apa jalan shopping sampai 7 jam hanya bawa sehelai jean dan t-shirt bawa balik masuk dalam kereta power .







Friday, August 12, 2011

puasa lagi








salam .selamat berpuasa pada hari ke-13 puasa ketika entri ini publish .mana-mana yang puasa tu bagus .yang tak puasa takpa nanti boleh ganti .ye dak ?malam tadi selepas berbuka aku berniat pula untuk terawih .kalau dah niat kena usaha pergi la kan .sepanjang 12 hari puasa ni aku mengaku aku hanya buat terawih 3 kali saja baru .yang tak bestnya bila ada suara-suara nakal yang cakap 'wehh apa nak jadi ni ?' .ni semua minta penampo je rasanya .



aku pun siap lah nak pergi terawih semua macam biasa .sehelai t-shirt berwarna biru air laut dan dipadankan dengan seluar track ke tubuh aku .aku selesa berpakaian sebegini sahaja .tengok depan cermin jap seminit dua bagi memastikan tiada kejanggalan di anggota badan .sementara menunggu ayah aku.akhirnya ,nama aku diseru-seru ayah aku .pantas aku melompat ke terus bawah .apa barang main jalan berhati-hati turun tangga .tak brader-brader la kan .kalau lompat terus nampak la gagah sikit ye dak ?ayah aku pandang aku ,aku pandang balik .ayah aku senyum ,aku senyum balik .pastu ,ayah aku bersuara .




'pergi ambil kasut pergi joging ' sound ayah aku .




aku dah facepalm dah .kamon ,aku tak bersedia lagi untuk berjubah ke masjid .banyak benda kena fikir sebelum aku nak berjubah ke masjid ni .buatnya mak cik-mak cik kat masjid tu semua nampak aku berjubah dah satu hal .semua nanti stok tanya aku macam2 ,nak buat calon menantu .belum lagi yang janda-janda tu semua .kang semua terawih teringat mamat berjubah yakni aku ,nak buat calon suami .ahh sudah .banyak benda aku kena fikir dulu .nak bagi alasan ni kat ayah aku nampak kuarang realistik tapi logik tu memang ada dah .takpe ,aku simpan dulu .aku buat keputusan untuk senyum menyengih kat ayah aku .itu je termampu ketiak ini .ya memang ketiak ,saja typo .







*agak-agak kalau berjubah ni boleh join nasyid tak ?

Tuesday, August 9, 2011

puasa jangan tak puasa tau






selamat menyambut ramadan kepada umat islam .tak salah rasanya kalau aku greet lagi sebab masih ramadan .kalau time krismas ke aku ucap memang tak salah aku kena penerajang sepam dua .entri kali ni aku nak in kan pasal things yang interesting@yang aku perasan bila masuk ramadhan al-mubarak .jom terjah .puihhhh .



1.pasar ramadan
aku perasan yang pasar ramadan tahun ini agak kurang yang berniaga .aku rasa lah .aku perhatikan kurang meriah sikit tapi ada baik gak .kalau banyak pasar yang buka pun kalau harga sama je celaka baik tapayah .kalau rasa makanan tu sedap takpe lagi kalau mahal ,ni tak rasa celaka letak harga celaka .jenis tahu nak untung je .kamon ,rakyat malaysia sekarang bijak2 dah tahu .setakat ni ,aku rasa pasar ramadan ni stadium shah alam still yang terbaik di shah alam ni .tapi still ada yang celaka lagi harga dia .tapi tapi tapi ,bagi mereka yang bertestosterone memang rasa tak menyesal .agak ramai aweks-aweks cun yg boleh dipandang selain memandang makanan yang dijual .selalunya gerai yang ada awek cun jual memang ramai yang datang walaupun makanan dia rasa celaka .bagi aku ,meletakkan awek cun ni satu strategi perniagaan yang bagus .heh heh heh .memang kalau agak2 tggu azan maghrib tak ingat berbuka lagi .teringat santapan jiwa dan mata dekat pasar . heh heh heh .





2.terawih
ha bab ni gua heran .memang lah terawih ni datang bila ramadan je .tapi ramai pula yang dulu yang 5 waktu terabai then terawih yang kau kejar2 lebih .ada yang 5 waktu tu pun tinggal then buat macam terawih tu wajib .bagi aku ,kau nak buat terawih kau buat tapi pastikan dulu kau buat yang wajib tu dulu .jangan jadi hipokrit bab agama ni .aku mengaku aku kurang pergi terawih .yang wajib pun aku still miss lagi .tapi yang tak best bila dengar 'wehh apa ni tak pergi terawih ,apa nak jadi ? '.buat rasa telinga berbulu tahu .selalu member-member jenis menganjing tak kena tempat .teringat zaman budak-budak dulu .semangat nak pergi terawih sebab dapat lepak dengan member-member ,main mercun dan paling best ialah kitorang yang paling pantas bila time moreh .heh heh heh .






3.sahur
part yang paling best bila time puasa bagi aku ialah sahur selain daripada berbuka puasa .setakat ni aku tak pernah bangun dari tidur untuk bersahur .entah mengapa ,aku gemar meluangkan masa melakukan aktiviti yang berfaedah sementara menunggu sahur .heh heh heh .aku suka bila kena kejut adik aku bangun sahur .jenis yang melawan paling best .bila kena siram air ,kena cucuk then mengamuk rasa satu feel yang sangat cool .hehe heh heh .lagi satu ,aku perasan ramai yang sahur di mapley tak kira student mahupun yang berfamily .memang tersenyum tauke-tauke mapley lagi-lagi bola pun dah nak start balik .memang senyum sambil terkehkeh lah tauke-tauke mapley .silap-silap yang nak pergi terawih lalu depan kedai mapley boleh berhenti lepak tengok bola .heh heh heh .













*bermain poker bersama member-member meluangkan masa ketika berpuasa .poker dalam fesbuk je lagipun .salah ke ? heh heh heh .