Friday, August 12, 2011

puasa lagi








salam .selamat berpuasa pada hari ke-13 puasa ketika entri ini publish .mana-mana yang puasa tu bagus .yang tak puasa takpa nanti boleh ganti .ye dak ?malam tadi selepas berbuka aku berniat pula untuk terawih .kalau dah niat kena usaha pergi la kan .sepanjang 12 hari puasa ni aku mengaku aku hanya buat terawih 3 kali saja baru .yang tak bestnya bila ada suara-suara nakal yang cakap 'wehh apa nak jadi ni ?' .ni semua minta penampo je rasanya .



aku pun siap lah nak pergi terawih semua macam biasa .sehelai t-shirt berwarna biru air laut dan dipadankan dengan seluar track ke tubuh aku .aku selesa berpakaian sebegini sahaja .tengok depan cermin jap seminit dua bagi memastikan tiada kejanggalan di anggota badan .sementara menunggu ayah aku.akhirnya ,nama aku diseru-seru ayah aku .pantas aku melompat ke terus bawah .apa barang main jalan berhati-hati turun tangga .tak brader-brader la kan .kalau lompat terus nampak la gagah sikit ye dak ?ayah aku pandang aku ,aku pandang balik .ayah aku senyum ,aku senyum balik .pastu ,ayah aku bersuara .




'pergi ambil kasut pergi joging ' sound ayah aku .




aku dah facepalm dah .kamon ,aku tak bersedia lagi untuk berjubah ke masjid .banyak benda kena fikir sebelum aku nak berjubah ke masjid ni .buatnya mak cik-mak cik kat masjid tu semua nampak aku berjubah dah satu hal .semua nanti stok tanya aku macam2 ,nak buat calon menantu .belum lagi yang janda-janda tu semua .kang semua terawih teringat mamat berjubah yakni aku ,nak buat calon suami .ahh sudah .banyak benda aku kena fikir dulu .nak bagi alasan ni kat ayah aku nampak kuarang realistik tapi logik tu memang ada dah .takpe ,aku simpan dulu .aku buat keputusan untuk senyum menyengih kat ayah aku .itu je termampu ketiak ini .ya memang ketiak ,saja typo .







*agak-agak kalau berjubah ni boleh join nasyid tak ?

No comments:

Post a Comment