Tuesday, August 23, 2011

puasa yang cemerlang







okay lagi seminggu nak raya .ha boleh dah lah kalau korang nak beli spender , g-string semua .eh jangan lucah bulan puasa .bulan tak puasa boleh .ada malaon-malaon yang cakap .aku tak cakap .semua dah buat lailatul qadar ? yang buat bagus .yang tak buat kalau hidup lagi tahun depan boleh buat .aku ? nampak gaya aku harap aku hidup lagi lah tahun depan .entah mengapa aku rasa aku malaon puasa kali ini .contoh pertama malaon aku ialah tidur .jenis tidur puasa kali jenis beruang aku rasa .dah macam berhibernasi dah .lepas sahur aku lompat tidur balik .kalau tengah hari bangun sebab aku ingat dah masuk time lunch .puasa mana ada lunch ye dak ? hampa ,aku sambung balik .azan maghrib lagi 10 minit baru mata segar je nak bangun .amboi amboi amboi .



malaon kedua sudah tentu terawih aku .entah kenapa time-time puasa ni la banyak aktiviti yang clash sama waktu terawih .contoh futsal .aku bukan apa ,boleh je tolak futsal tapi dapat jenis kawan-kawan muka comel pastu buat muka kesian .jenis sensitif ni tak boleh buat main .tak pasal2 keluar paper aku didakwa atas kesalahan buat kawan mati kerana merajuk .ahhh sudah .tapi gempak gak la en kalau berita tajuk macam tu .tak la bosan tak habis-habis keluar cerita putus jari ,putus tangan ,nak lagi havoc putus selipar main mercun .bosan kan .ha lupa ,kawan aku ada jual mercun .harga agak murah ikut pasaran antarabangsa .kamon ,raya tak meriah tanpa letupan tahu ? yang pasal terawih tadi ,okay memang salah aku .malas terawih banyak alasan .biasa aku orang melayu lah .amboi amboi amboi .



lupakan pasal malaon .sabtu lepas ,aku dan sepupuku mengambil peluang cuti dengan niat mahu membeli-belah di sebuah pusat membeli-belah terkemuka .ahhh cilakanya ayat aku .aku ,azim ,bob ,chen ,ikhwan 'the PES loser' black nak shopping raya .family shopping gitu lah .lagipun chen sudah dapat kereta .kancil dengan enjin mitsubishi ,body kalis peluru dan dilengkapi peluru berpandu .then sampai sana chen parking kat kawasan perumahan sekitar situ .dia kata apa kelas kereta power parking dalam shopping complex .amboi .betul-betul sampai dekat entrance dah ada minah bagi flyer .kalau flyer bab kereta ke beca ke takpa lah ,ini tak nah kau gambar makanan baik punya .potong stim dah mood nak shopping .hilang dah 5 customer restoran minah flyer tu .siapa suruh buat lawak tak kena masa .




jalan punya jalan punya jalan .azim beli satu jean .bob beli satu t-shirt .aku ,ikhwan ,chen belum terbuka hati lagi .takda pilihan yang menarik .kalau ada ,celaka saiz pula takda .bila ada saiz besar takda size kecik .bila ada size kecik takda size besar .haram betul .then chen ajak tengok wayang .aku ,ikhwan dah baik punya .lagi dua budak gemuk tu macam tak nak .3 lawan 2 takkan 2 menang plak ye dak .tapi tapi tapi ,itu wayang pula bergurau kasar .semua stok movie nak start pukul 5-6 .takan nak buka puasa dalam wayang plak .kang tak sampai waktu lagi aku boleh terlupa kang telan bertih jagung .tak nak ambil risiko ,aku ambil langkah selamat tanak tengok wayang .jalan jalan punya jalan lagi dah nak berbuka .pastu sambung lagi jalan punya jalan .kesimpulannya ......



.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.






celaka apa jalan shopping sampai 7 jam hanya bawa sehelai jean dan t-shirt bawa balik masuk dalam kereta power .







No comments:

Post a Comment