Tuesday, October 4, 2011

Penyu





salam semua .baru-baru ni gua telah pergi ke terengganung .escort sepupu gua kahwin .ahh gua ingat kali ni gua nak post style karangan sekolah .harap gua tak lupa lagi cara nak buat karangan .ha calon spm kalau nak buat rujukan karangan untuk spm boleh juga rujuk kat sini .kalau result bagus ,baguslah kalau fail jangan salahkan gua .ambil risiko sendiri .hehe



Pada hari jumaat yang lepas ,saya dan keluarga saya telah melancong ke sebuah negeri penyu .Sebenarnya bukan lah pergi melancong tapi menrombongan sepupu saya bernikah .Pagi-pagi lagi saya sudah bangun .Bukanlah saya bersemangat nak bangun tapi disebabkan ketukan super kuat oleh adik saya pada pintu bilik saya .Maka saya pun bangun lalu bersiap sehensem mungkin .Kami sekeluarga lalu bergerak menuju ke kedai mamak untuk pecahlaju .Selesai saja pecahlaju kami terus bergerak bersama rombongan yang lain .



Hampir sejam lebih perjalanan ,kami singgah di Hentian R & R Gampang .eh silap Gambang .Maafkan saya .Selesai saja membuang masa dan apa saja kami teruskan perjalanan .Kali ini kereta bertukar tangan .Bukan badminton saja yang ada servis bertukar tangan .Kali ini Aryton Amir Senna pula yang memandu .Saya ingat kalau saya drive sudah tentu perjalanan yang mengambil masa yang lama akan menjadi singkat .Saya memang sudah bersedia dengan skill pemanduan yang super laju namun apakan daya saya terlupa di sebelah saya ada co pilot yang power dan teliti iaitu mak saya .Maka anda faham bukan perjalanan menjadi seperti biasa .



Kami melalui Cherating dan juga Kelutut .eh silap Kelulut .Maafkan saya .Kemudian melalui Rantau Abang .Saya tertarik dengan slogan 'Rantau Abang - Bumi Kediaman Penyu '.Saya mula berfikiran bangang dan terbayang movie Planet Apes .Penyu sudah menakluk tempat ini .Penyu mula berevolusi dan menawan Rantau Abang .Penyu telah mengambil alih tugas seperti nelayan dan juga pengusaha restoran .Saya mulai risau mana tahu ada penyu yang akan menahan kami dan menjadikan kami tawanan .Saya terlupa bahawa saya sedang memandu dan terus mengmbil inisiatif dengan melupakan fikiran bangang tadi .Kami sampai di Kuala Ibai untuk makan petang di tepi laut .Indah sungguh makan sambil menikmati angin sepoi-sepoi bahasa dan juga melihat tahi kucing di pasir .Celaka betul rosak mood makan saya .


Selesai saja makan , kami check in di sebuah homestay-RumahTumpangan Mak Teh .Bukan Rumah Urut okay .Saya mula berasa gembira kerana sebelah rumah homestay ada lagi sebuah rombongan sekolah .Semuanya perempuan .Namun perasaan gembira mulai hilang sebaik mengetahui penghuni sebelah merupakan budak sekolah form 1 .Pesen adik-adik .Keesokan harinya kami bergerak ke rumah pengantin perempun di Kuala Terengganu .Pernikahan berjalan dengan lancar .Alhamdullilah .Habis .Kbye .



No comments:

Post a Comment