Friday, August 12, 2011

puasa lagi








salam .selamat berpuasa pada hari ke-13 puasa ketika entri ini publish .mana-mana yang puasa tu bagus .yang tak puasa takpa nanti boleh ganti .ye dak ?malam tadi selepas berbuka aku berniat pula untuk terawih .kalau dah niat kena usaha pergi la kan .sepanjang 12 hari puasa ni aku mengaku aku hanya buat terawih 3 kali saja baru .yang tak bestnya bila ada suara-suara nakal yang cakap 'wehh apa nak jadi ni ?' .ni semua minta penampo je rasanya .



aku pun siap lah nak pergi terawih semua macam biasa .sehelai t-shirt berwarna biru air laut dan dipadankan dengan seluar track ke tubuh aku .aku selesa berpakaian sebegini sahaja .tengok depan cermin jap seminit dua bagi memastikan tiada kejanggalan di anggota badan .sementara menunggu ayah aku.akhirnya ,nama aku diseru-seru ayah aku .pantas aku melompat ke terus bawah .apa barang main jalan berhati-hati turun tangga .tak brader-brader la kan .kalau lompat terus nampak la gagah sikit ye dak ?ayah aku pandang aku ,aku pandang balik .ayah aku senyum ,aku senyum balik .pastu ,ayah aku bersuara .




'pergi ambil kasut pergi joging ' sound ayah aku .




aku dah facepalm dah .kamon ,aku tak bersedia lagi untuk berjubah ke masjid .banyak benda kena fikir sebelum aku nak berjubah ke masjid ni .buatnya mak cik-mak cik kat masjid tu semua nampak aku berjubah dah satu hal .semua nanti stok tanya aku macam2 ,nak buat calon menantu .belum lagi yang janda-janda tu semua .kang semua terawih teringat mamat berjubah yakni aku ,nak buat calon suami .ahh sudah .banyak benda aku kena fikir dulu .nak bagi alasan ni kat ayah aku nampak kuarang realistik tapi logik tu memang ada dah .takpe ,aku simpan dulu .aku buat keputusan untuk senyum menyengih kat ayah aku .itu je termampu ketiak ini .ya memang ketiak ,saja typo .







*agak-agak kalau berjubah ni boleh join nasyid tak ?

Tuesday, August 9, 2011

puasa jangan tak puasa tau






selamat menyambut ramadan kepada umat islam .tak salah rasanya kalau aku greet lagi sebab masih ramadan .kalau time krismas ke aku ucap memang tak salah aku kena penerajang sepam dua .entri kali ni aku nak in kan pasal things yang interesting@yang aku perasan bila masuk ramadhan al-mubarak .jom terjah .puihhhh .



1.pasar ramadan
aku perasan yang pasar ramadan tahun ini agak kurang yang berniaga .aku rasa lah .aku perhatikan kurang meriah sikit tapi ada baik gak .kalau banyak pasar yang buka pun kalau harga sama je celaka baik tapayah .kalau rasa makanan tu sedap takpe lagi kalau mahal ,ni tak rasa celaka letak harga celaka .jenis tahu nak untung je .kamon ,rakyat malaysia sekarang bijak2 dah tahu .setakat ni ,aku rasa pasar ramadan ni stadium shah alam still yang terbaik di shah alam ni .tapi still ada yang celaka lagi harga dia .tapi tapi tapi ,bagi mereka yang bertestosterone memang rasa tak menyesal .agak ramai aweks-aweks cun yg boleh dipandang selain memandang makanan yang dijual .selalunya gerai yang ada awek cun jual memang ramai yang datang walaupun makanan dia rasa celaka .bagi aku ,meletakkan awek cun ni satu strategi perniagaan yang bagus .heh heh heh .memang kalau agak2 tggu azan maghrib tak ingat berbuka lagi .teringat santapan jiwa dan mata dekat pasar . heh heh heh .





2.terawih
ha bab ni gua heran .memang lah terawih ni datang bila ramadan je .tapi ramai pula yang dulu yang 5 waktu terabai then terawih yang kau kejar2 lebih .ada yang 5 waktu tu pun tinggal then buat macam terawih tu wajib .bagi aku ,kau nak buat terawih kau buat tapi pastikan dulu kau buat yang wajib tu dulu .jangan jadi hipokrit bab agama ni .aku mengaku aku kurang pergi terawih .yang wajib pun aku still miss lagi .tapi yang tak best bila dengar 'wehh apa ni tak pergi terawih ,apa nak jadi ? '.buat rasa telinga berbulu tahu .selalu member-member jenis menganjing tak kena tempat .teringat zaman budak-budak dulu .semangat nak pergi terawih sebab dapat lepak dengan member-member ,main mercun dan paling best ialah kitorang yang paling pantas bila time moreh .heh heh heh .






3.sahur
part yang paling best bila time puasa bagi aku ialah sahur selain daripada berbuka puasa .setakat ni aku tak pernah bangun dari tidur untuk bersahur .entah mengapa ,aku gemar meluangkan masa melakukan aktiviti yang berfaedah sementara menunggu sahur .heh heh heh .aku suka bila kena kejut adik aku bangun sahur .jenis yang melawan paling best .bila kena siram air ,kena cucuk then mengamuk rasa satu feel yang sangat cool .hehe heh heh .lagi satu ,aku perasan ramai yang sahur di mapley tak kira student mahupun yang berfamily .memang tersenyum tauke-tauke mapley lagi-lagi bola pun dah nak start balik .memang senyum sambil terkehkeh lah tauke-tauke mapley .silap-silap yang nak pergi terawih lalu depan kedai mapley boleh berhenti lepak tengok bola .heh heh heh .













*bermain poker bersama member-member meluangkan masa ketika berpuasa .poker dalam fesbuk je lagipun .salah ke ? heh heh heh .

Sunday, July 24, 2011

Wednesday, July 20, 2011

perubahan

pada saat ini aku berseorangan melayari kehidupan siber ini .ditemani sepupu aku yang lena diulit mimpi sambil mendengar alunan lagu-lagu blues .baru aku sedar yang lagu-lagu macam ni lagi feel dan bernyawa berbanding lagu-lagu selena gomez apatah lagi justin bieber .lagu-lagu wings ,scoin ,aris ariwatan ,data dan banyak lagi .kebanyakan lagu-lagu blues yang aku dengar melalui sepupu aku ,bob .dulu aku kolot ,bila bob atau kawan2 aku dengar lagu blues aku hentam mereka. aku hentam mereka ini poyo ,mat jiwang .aku jenis yang suka ikut flow .pesen tak ada pendirian .bila zaman shuffle aku sibuk nak shuffle .bagi aku itu semua pengalaman .tapi aku baru sedar ,yang lagu-lagu blues ni masih bertahan lagi sehingga kini .aku berharap yang aku ada pada zaman wings ,search pada waktu kegemilangan mereka dulu .zaman dimana belia muda-mudi bebas bertindak dengan cara meraka sendiri .






aku mahu sentuh tentang perubahan .perubahan bagi aku ada pros dan cons .banyak yang aku rasa kita perlu ubah .first kita perlu ubah mentaliti kita .orang melayu aku rasa masih jauh lagi ditakuk lama .masih lagi rela hidung ditarik ,ikut diktator itu .yang positif itu wajar kalau kita ikut,kita sokong ,kita terima .tapi bila kau sedar kau ditindas ,ditipu kau rela ditarik hidung lagi ? aku masih muda lagi nak cakap pasal ini ? come on lah .ubah mentaliti kita ,bergerak ke hadapan .aku jenis minat bola sepak .so ,aku bagi contoh tentang bola sepak .bola sepak kita takkan kemana selagi sultan ,ahli politik yang pegang .kalau bab sukan pun mereka ini gilakan kuasa untuk dipegang apatah lagi bab ekonomi ,pembangunan semua tu .maka kita semua inilah kena bersuara menentang .bagi jawatan presiden ,timbalan presiden ,setiausaha semua tu kepada mereka yang berhak ,yang layak.mereka yang bermain sukan itu .mereka yang cintakan sukan itu .bukan bola sepak saja yang dipolitikkan ,badminton ,sepak takraw malah aku rasa kalau galah panjang menjadi sukan dan ada persatuan, politician semua ini nak ada jawatan dalam persatuan ni .memang tak kemana kalau macam ni .semua golongan politikus ini nak pegang .nak terus lebarkan sayap ,empayar masing-masing .yang kat bawah ni macamana oi ?













entri ni pendek dan mudah .perubahan ada banyak cara .cara mana kau buat ?




Saturday, July 16, 2011

reds


hari ni kira hari yang bersejarah lah bagi aku .dapat tengok for the first time the reds main depan mata .memang teruja dooo .tapi sedikit kecewa lah en bila abg stevie ,abg suarez ,abg skrtel ,abg lucas,abg johnson tak ada la pula .tapi tak apa still aku okay lagi .aku sokong liverpool bukan pasal player tetapi tentang liverpool tu sendiri .kalau jatuh divisyen pun hati jiwa aku tetap liverpool .bukan janji tapi pasti .cerita pasal match tadi ,first aku tatahu aku patut pakai jersi apa .harimau malaya atau the mighty reds ?aku tanak jadi hipokrit ,so aku pakai jersi liverpool sebab aku takda jersi harimau malaya .aku warganegara yang gagal .aku minta maaf .tapi aku akan pastikan aku akan ke bukit jalil menyokong harimau malaya membaham singa laut dengan memakai jersi biru harimaumalaya !



'Anfield'



sampai stadium bukit jalil aku ingatkan aku kat stadium kota bharu .rupanya aku silap aku kat anfield sebenarnya .memang merah habis dah kat situ .aku tak dapat bayangkan kalau brazil yg datang main .aku rasa semua fans kena tangkap dah .bahaya kuning2 ni .aku rasa semangat gila ah .memang tak rasa penat langsung walaupun terpaksa berjalan jauh nak menapak ke stadium .punya la bnyk parkir aku rasa kat dalam stadium tu lagi tapi kau letak vip gak yang boleh masuk .buat aku nak mencarut je .babi apa parkir A,B,C,D semua kau reserve for vip and yang ada sticker je bahalol .kan dah mencarut .sampai stadium terus pak cik aku p beli jersi harimau malaya .dia seorang penyokong kelab rival liverpool .pesen dtg stadium nak tgk the reds kalah .tak mengapa ,dia seorang yang patriotik .





Aummmm !





bagi aku andy carroll main macam haram .kau buang lah jambang kau tu .jambang tu buat kau berat je kot nak lari .charlie adam memberangsangkan ,masih terlalu awal nak judge .gulacsi aku rasa dia ludah banyak sangat kat glove sampai licin glove tu .ngog kali ni tak bongok ,okay .aquilani aku rasa dia pegang match tadi .terbaik pass ,skill and idea .yang lain aku rasa okay .okay ,player harimau pula .safee macam biasa ,makin berbisa .gurusamy tah kenapa aku berminat pula permainan dia tadi .khairul fahmi kesian ,tak bernasib baik .amirul hadi mengancam .safiq rahim tak payah nak komen banyak ,sentiasa mengaum .last ,nak harap player selangor juga baru boleh buat gol .macam biasa ,red giants memang awesome .







thank you and do come back next year :p




Wednesday, July 6, 2011

aku dan michael phelps

tadi aku ,bawang ,wak ,azri dan girlfriend beliau syaza mengisi masa terluang dengan menikmati keindahan alam di bukit cahaya seri alam .bawang asyik tengok benda kotor je selalu maka aku sebagai kawan yang baik hati ingat nak cuci mata dia dengan bagi dia tengok kehijaun bumi ni .harap hati dan jiwa dia dah bersih .so ,tepat je 1.30 petang kitorang gerak dengan menaiki bugatti veyron milik azri .paling aku suka naik kereta dia sebab pesen dengar lagu jiwang.memang jenis haram nak bahan aku .memang terbaikkkkkk.





.
gambar hiasan




sampai sana beli tiket semua then terus masuk .kesian aku tengok tempat ni .macam dah tak lama je ni .aku rasa akak tiket tu keje dia tido je .boleh kira visitor yang datang pun .ingat nak berbasikal tapi bawang ada masalah plak .aku rasa dia takut tayar pancit .aku tak percaya kalau dia yang pancit .bawang jenis yang tak pernah penat .sarcasm sikit .then kitorang pun naik la tourist bus kat situ.maka bawang dengan wak pun menikmati keindahan alam semulajadi .tengok muka masing2 penuh keinsafan .indahkan alam semulajadi .






bawang dah insaf




then habis pusing2 semua .kitorang terus gerak pergi swimming pool .bawang dengan wak macam biasa masih berdendam nak lawan berenang dengan aku .tak pernah nak insaf diorang ni .puas gak dapat berendam .yang paling best pool tu langsung tada orang .macam aku cakap tadi memang tak lama tempat ni aku rasa .bunian je kot yang mandi .dapat sangkut bunian seorang pun best ye dak .haha .apa lagi aku bawang wak memang conguer itu pool lah .dah rasa macam gay punya pool dah kitorang buat .haha .agak lama kitorang mandi sementara nak tunggu azri dengan syaza habis date .
nasib baik lah hujan turun segan2 je .nasib baik tak datang sekali pakej kilat guruh semua .dapat merasa lama sikit jadi badak berendam .



michael phelps




comel kan ? kan ? kan ?









hargailah alam semulajadi dan bantu membantulah sesama rakan .sekian .

Thursday, June 30, 2011

kening dan dahi tak jauh :D






kali ni gua tanak guna gua lagi .gua rasa guna aku nampak lebih cool dan sedikit comel .haha .ok start .aku dah cukup matang untuk bersuara dalam berpendapat .haha


aku pernah jatuh cinta. korang pernah ?


aku pernah putus cinta. korang pernah ?



ya ,mesti pernah .aku tak pernah tak gagal dalam cinta .loser en ?haha .tapi aku tak pernah nak serik untuk bercinta .aku pernah 'mengemis' cinta .aku percaya cinta tu boleh buat banyak perubahan .ada perubahan yang baik dan ada juga perubahan yang bangsat .ya ,bila bercinta banyak ayat janji semua keluar .ya juga bila dah tak bercinta banyak kutuk banding semua keluar .ya ,itu semua lumrah .cuma kita je yang kena pandai nak atasi semua itu .ya ,ada cinta memang susah kita nak lupa .ada cinta yang senang kita lupa .perlu ke perubahan dalam bercinta ?perlu ke prinsip dalam bercinta ?




bila bercinta ,kita berpura-pura dan menyorok dengan bayang sendiri .aku pernah dapat cinta yang sanggup berubah untuk aku .aku juga pernah sanggup berubah untuk cinta .ya ,cinta banyak membantu aku .cinta juga yang membunuh aku .ya ,mungkin sejarah cinta boleh buat aku sedar apa bangsat yang buat cinta aku mati .mungkin aku boleh hidupkan cinta dengan perubahan yang mulia .tapi itu kemungkinan bukan suatu kepastian .ya ,besar kemungkinan aku akan kehilangan cinta untuk selama-lamanya .betul ke cinta boleh dicari balik ? betul ke cinta datang balik ?





ada ya dan ada tidak .aku pernah lalui cinta yang pelik ni .cinta yang serius tapi gagal .ya aku dah boleh dan akan biasa dengan cinta sebegini .sebab aku tahu cinta satu keindahan bukan satu keseronokan .mengenal cinta buat kau lebih manusia .cinta biar berpada dan jangan mengada .kau boleh harapkan cinta untuk selamatkan kau tapi kau kena ingat yang itu cuma harapan .bagi aku perubahan demi cinta tak perlu .sebab cinta tak perlukan perubahan .cinta cuma perlukan apa yang kau dah ada ,apa yang kau ada .dah cukup buat cinta itu indah .kau kena berani dalam mencari cinta .sebab aku dah nampak cinta boleh wujud dengan sekelip mata dan tak menunggu masa .cuma perlu sedikit tuah dan kau perlu buka mata untuk cinta .cinta itu indah dan bangsat .