Thursday, December 29, 2011

mencari sinar cahaya

Usai saja selesai menyiapkan assignment , perut Samnudi (bukan nama sebenar ) mula berbunyi tanda lapar . Samnudi mula pantas bergerak menuju ke tingkat bawah .Samnudi mencapai dompet dan lega sebaik melihat not rm 10 ada dalam dompet .Samnudi mula mengorak langkah menuju ke kedai mamak Jasmin Bistro yang terletak berhampiran rumahnya .Sampai saja Samnudi terus order teh tarik dan nasi goreng mamak .Sedang Samnudi leka menonton tv sementara memnunggu makanan yang tak kunjung tiba datang seorang pak cik India duduk satu meja tapi selang beberapa kerusi dengan Samnudi .Pak cik india mula menengur Samnudi .Ohh lupa nama pak cik itu Subra .nasib baik bukan Supra .


Uncle Subra : sorang saja ada makan ka ?

Samnudi : ha sorang je .

Uncle Subra : ohh belajar dekat mana ?

Samnudi : dekat Melaka .Uitm dekat situ .

Uncle Subra : ohh bagus .itu sekolah bila buka ?

Samnudi : tak tahu .saya dah habis sekolah .(Samnudi ingat mungkin Uncle Subra tidak dengar yang dia belajar di universiti ) .

Uncle Subra : ohhh dah habis sekolah .umur berapa ?

Samnudi : baru 18 .

Uncle Subra : 18 ? saya ingat 15 juga tadi .nampak muda lah .










* penulis cuba tidak mahu riak mahupun bangga maka penulis menggunakan Samnudi sebagai pertukaran nama .hik hik .ye ini adalah peristiwa yang benar berlaku .nak muntah ? pergi jahanam .kui kui





Saturday, November 5, 2011

tragedi berdarah

anyway ,selamat hari raya haji kepada semua umat islam di seluruh dunia .tak lupa juga yang berada luar bumi dan juga yang berada di kompleks dayabumi .dah usha masjid atau kawasan kejiranan anda berapa ekor lembu ada ? kalau ada unta ,bagitahu .nak tapau daging unta .tempat aku takda unta .berapa tahun dah takda ni .satu lagi ,mohon hulur duit raya .ala ,baru best raya kalau bagi duit raya .tak kisah la raya apa .kan kan ?



aku ingat lagi time aku sambut raya haji masa darjah lima .seperti biasa ,time budak2 semua jenis raya hatta raya cina pun nak excited time tu .bangun pagi je terus cakap seorang diri 'eh raya raya ' .pastu excited kejut adik aku .padahal baru pukul 5.30 pagi .semangat raya time budak2 memang power .seperti kebiasaan ,mesti terus ke masjid untuk solat .sebelum masuk masjid mesti usha lembu dulu .tengok mana lembu yang ganas time nak sembelih nanti .time tu aku rasa lembu yang banyak berak tak ganas .awal lagi dah tercirit .masa tu kena target awal lembu mana nak usha dan stay kat lembu tu lepas solat .kang ramai kerumun ,dahla kecik time tu .kalau tolak2 memang tak boleh challenge .



elok punya semangat nak tengok lembu kena sembelih rupa-rupanya lambat lagi .balik makan dulu and tengok tv dulu .sedar2 aku dah terlambat dah .terus aku lari ke masjid .masa tu kalau usain bolt fight dengan aku pun senang2 je dia kalah .aku terus selit2 je .elok je aku selit dan nampak kelibat lembu aku tengok semua orang yang ada dekat lembu tu lari .mana nak perasan orang lari masa tengah fokus selit2 nak tengok lembu .tengok2 je dah clear dah tak payah nak selit .rupa-rupanya manusia2 tu lari sebab darah lembu terpancut kemain power .dan apa yang paling best ,darah lembu yang terpancut macam memang dah target je kat aku .yang paling best sekali semestinya ....









ramai2 gelak kat aku termasuk pak imam yang sembelih lembu tu .

Sunday, October 30, 2011

cerita bola

seperti biasa aku lalui hari biasa seperti biasa dan bukan di luar kebiasa-an kerana tiada kuasa yang luar biasa untuk menjadikan hari biasa menjadi luar biasa .seperti biasa ,ahhh aku plak yang rasa menyampah biasa-biasa ni .as usual ,jenis berkerja sendiri macam aku tak boleh nak bangun awal .bangun awal akan menyebabkan aku tak bekerja .pekerjaan yang maha hebat ni kena bangun lepas matahari menyinari bumi .amboi ayat aku .tapi musim hujan sekarang memang baik bagi aku ,boleh buat overtime .kerja kumpul tahi mata bukan calang-calang punya kerja .konsentrasi dan keselesaan amat penting .kerja macam aku ni sangat penting ,kalau takda ekonomi negara akan jatuh merudum .maka dengan itu negara akan mengalami inflasi yang teruk .




lepas kerja macam biasa kena mandi .aku bet semua lepas kerja mandi kan .sesudah meng-hensem-kan diri ,maka perut wajib diisi .gila kerja punya power takan tak lapar ye dak ? kerja aku banyak untung .segala peralatan kerja dan makan minum ditanggung .bukan tu je ,kalau nak rehat baca paper sambil menghirup segelas milo panas pun boleh .mana nak dapat kerja power macam ini .lepas kerja ,aku seperti biasa akan memilih untuk melepaskan tekanan kerja dengan melepak dengan member-member .tekanan kerja ?ya kerja macam aku ni pun ada tekanan .tekanan dengar budak2 memekak dan juga bunyi annoying brader repair kereta .pesen jadikan rumah jadi workshop .aku harap brader mekanik ni dapat buka workshop halal cepat2.baru aku punya kerja berjalan dengan lancar .




lepak dengan kawan sambil sembang kencang tambah kutukan dan carutan memang lain macam feel dia .aku kira bertuah lagi sebab masih ada lagi member yang kerja sama dengan aku .cuma lain department je .tak menjadi masalah .habis kerja lepak ,tak menjadi masalah bukan ? rasa puas lepak ,siap untuk bermain futsal .sekarang siapa tak main futsal ,dia berak tak basuh .semangat main futsal mmg tengah up time ni .sharp pukul 6 dah siap and tunggu member lain sampai .







10 minit lepas pukul 6 hujan pun turun .siap pakej ribut petir .semangat main futsal pun dah down .lupa sekarang memang musim hujan .

Wednesday, October 26, 2011

bulu oh bulu

beberapa hari yang lepas ,aku berpeluang melepak dengan member-member aku .ayat berpeluang tu korang boleh abaikan sebab aku rasa tiap-tiap hari aku lepak .cuma lepak pada hari itu dia punya feel lain macam .aku dah mula syak yang sesi lepak ni bukan calang-calang punya lepak .first ,mamak tu tahu-tahu je aku nak minum apa .lagi satu ,bulu dada mamak tu tak sehelai terkeluar dari baju .aku pun tegur mamak tu , 'baru shave ka ?'.mamak pun balas , 'biasalah sekarang trend tak main bulu-bulu dada ni '.mamak tahu trend .power .




sebelum mamak tu blah ,aku baru teringat yang aku lepak ni sebab aku nak makan sekali .aku pun order nasi goreng USA .mana boleh jadi member aku order nasi goreng kampung .aku tak nak kalah .kampung tak jauh ,USA lagi jauh .aku order sambil pandang nipis je kat member aku tu .lepak punya lepak ,puntung demi puntung rokok habis .tak sampai lagi makanan aku .takpa ,selalunya yang paling lambat makanan tu paling power rasa dia .aku cuba berfikiran positif .sementara tunggu makanan ,aku pandang langit sambil menyumpah2 tukang masak .ikutkan hati aku cuba nak memberontak dengan membaling gelas aku .tapi bila fikir balik kang aku yang kena bayar duit gelas tu .zaman sekarang ,duit tu kena plan awal2 dah nak buat apa .tak jadi memberontak ,hanya mampu menyumpah .




'adik manis ,ini punya awak punya nasi sudah sampai ' .kemain lembut mamak ni cakap .tak jadi aku nak sound .orang baik dengan kita so kita kena balas baik gak .'mamak manis ,terima kasih ' sound aku .aku makan dengan penuh feel habis .aku tak bagi can ,lalat datang aku lempang lalat tu .mana boleh share makanan dengan aku .makan punya makan ,aku perasan ada perisa tambahan kat nasi goreng aku .itu pun member aku yang bagitahu .'wehh mir ,bulu tu kau tolak tepi ,jangan makan ' .aku dah fakap .'bulu?' .aku dah tahu siapa aku nak attack .











aku syak bulu mamak yang baru shave tu .aku rasa aku tak silap .kali ni buat baik takda dalam wikipedia hidup aku .

Tuesday, October 25, 2011

kabooomm







anyway ,happy diwali to all hindus tak kira di malaysia ,nepal ,singapura dan juga di mana-mana .raikan dengan penuh rasa gembira .bakar saja mercun itu .aku pelik dengan orang melayu .tak pun aku jelik .bila orang hindu bakar mercun mula la keji macam-macam .lagi-lagi dekat fesbuk .kemain power ayat status kat fesbuk .racist kemain .kenapa aku cakap melayu ?so far ,aku nampak orang melayu je dok maki-hamun .'ahh bising betul keling ni ' , 'memekak betul ,pukimak punya keling ' .amboi amboi .yang kauorang main mercun time hari raya boleh pulak .aku pun sama main mercun gak .aku mengaku .sebab tu aku rasa kenapa aku boleh bakar mercun ,why not diorang ? so far ,aku tak pernah nampak lagi others races maki-maki orang melayu bila kita main mercun .




aku pernah kutuk cina , india bila diorang bakar mercun time raya diorang .well memang annoying bunyi dia .tapi diorang ni main mercun pun paling lama 2-3 hari je .kita main mercun puasa baru 5 hari dah bunyi .tak annoying cina , india dan apa segala jenis kaum kat malaysia ni ? bagi aku ,diorang boleh tahan dengan kita ,takan kita tak boleh tahan . diorang boleh tolerate dengan kita takan kita tak boleh ? and lagi satu yang aku perasan bila diorang bila main mercun tada keluar berita putus tangan ,putus jari semua .kalau ada pun aku agak putus selipar je .kadang2 rasa malu dengan diorang ni .aku ada seorang kawan india yang cakap dekat aku , 'kau agak puasa ke berapa dah keluar berita pasal mercun ni ? ' tak fakap aku time tu ? apa yang aku dapat cakap balik ,' haha ,celaka ' .tu je .





apa yang aku nak cakap bukan lah pasal mercun .respect each other .aku percaya kalau kita boleh tolerate each other ,kita sendiri yang untung .kalau kau baik dengan amoi ,kau akan dapat ang pow .tak untung gitu ?kui kui .lets us keep getting better and be 'malaysian ' .

Sunday, October 23, 2011

sepuluh

post kali ni aku nak buat stail Madey .sekitar bulan ini (ye la kot ) punya cerita .



1. aku dah agak misi 33 selangor sama macam angan-angan 16 september Nuar Berahim .


2. Stadium Shah Alam bukan sahaja sekadar padang bola malahan tempat himpun aktiviti politik .lepas ni konsert dan segala event buat kat sini .tak hairan padang serupa bendang .


3. tahniah kepada Terengganu dan Negeri Sembilan melangkah ke final .Hati-hati bermain di bendang .


4. Sejuta Umat ? .tolong jangan campur agenda politik dengan agama .boleh berjaya kalau tak campurkan agama dengan politik .


5. matinya Muammar Gadaffi ,Amerika bergelek sakan .masa Osama mati ,Obama berdangdut dah .


6. Arab Spring akan muncul banyak lagi.


7. bercakap benar adalah satu kesalahan di Malaysia .


8. salute kepada mereka yang berani protes kerana benar .


9. apa Lee Chong Wei kalah ? berhantu betul terbuka Denmark ni .


10. Al Fatiha Muammar Gadaffi dan RIP Marco Simoncelli yang terbunuh di Litar Sepang .

Wednesday, October 19, 2011

A Salute 1

manusia memang dilahirkan cukup hebat .aku jenis manusia yang cukup bertuah dapat mengenali beberapa jenis manusia yang hebat .tidak kira lah mengenali melalui pembacaan ,cerita orang dan yang paling best ialah mengenali manusia hebat itu sendiri .aku pasti korang pernah berjumpa dengan mereka yang hebat ni .bagi aku ,mereka yang hebat ini adalah mereka yang sangat cool .dan cool bagi aku bukan lah seperti kalau justin bieber potong rambut pendek pun minah terkinja2 ni jerit2 cool baby tu semua .yang minah dok terkinja2 tu aku harap korang sedar diri jangan sampai bunuh diri sudah .cukuplah menjadi bangang dengan meminati justin bieber .




kita ada mereka yang cool dari semua aspek .muzik , war , leaders , seni , teknologi , sports dan banyak lagi .bagi aku ,kita pernah ada Kurt Cobain ,Lennon dan P Ramlee melalui muzik diorang .kita pernah ada Steve Jobs dan bersyukur masih ada lagi Bill Gates .kita pernah ada Mokhtar Dahari dan masih ada Lee Chong Wei which is aku pasti kalau dia mati dia akan sebaris Mokhtar ,dan kalau aku hidup lama lagi aku boleh cakap kat cucu-cucu aku yang aku pernah melihat Chong Wei bermain .Wars ?ya dengan perang aku mengenali ciri-ciri pemimpin yang hebat .aku sangat mengagumi mereka yang boleh memimpin dan membuatkan mereka dipercayai .sangat sangat sukar untuk membuatkan kita dipercayai lagi-lagi bila nak buat bukan seorang tapi beribu-riban untuk mendengar kita .tapi aku yakin yang pemimpin kita masih belum layak digelar pemimpin .sebab masih ada lagi yang menentang .simple .





mereka yang hebat dari segi politik ? ya ada .Obama pernah dulu menjadi pemimpin yg cool .dia boleh buat mereka yang berkulit putih ni mengundi untuk dia ,percaya kat dia .which is unbelieveable yang selama ini perkauman adalah sesuatu yang kuat di Amerika .kenapa aku bercakap Obama PERNAH DULU menjadi pemimpin yang cool adalah sebab makin lama dia sudah mula menjadi bangang .aku ada kawan yang sangat cool .kawan sekelas aku dulu .dia memang seorang yang mempunyai ciri-ciri pemimpin yang aku percaya untuk menjadi pemimpin .sebab apa aku kata dia cool ?





macam aku cakap ,bagi aku pemimpin yang hebat adalah pemimpin yang dipercayai .time korang sekolah dulu mesti ada sesi pemilihan ketua kelas ,penolong ,tukang pegang duit dan etc kan .sebenarnya kalau korang perasan zaman sekolah lagi korang diajar berpolitik .bila cikgu tanya siapa yang layak jadi ketua kelas otomatik akan ada sorang cadang nama dia dan otomatik juga satu kelas akan setuju .takde sorang pun yang tak setuju .terserlah ciri kepimpinan yang utama iaitu dipercayai .bagi aku cuba kalau ada orang cakap dia suka main bontot ,secara otomatik mungkin ada yang tak setuju dia jadi pemimpin .cuba kalau dia ada aweksatu kelas yang gila kuasa time tu ,mungkin ada yang tak bersetuju gak .












cerita ini tiada kaitan yang hidup mahupun suda tiada .