Sunday, October 30, 2011

cerita bola

seperti biasa aku lalui hari biasa seperti biasa dan bukan di luar kebiasa-an kerana tiada kuasa yang luar biasa untuk menjadikan hari biasa menjadi luar biasa .seperti biasa ,ahhh aku plak yang rasa menyampah biasa-biasa ni .as usual ,jenis berkerja sendiri macam aku tak boleh nak bangun awal .bangun awal akan menyebabkan aku tak bekerja .pekerjaan yang maha hebat ni kena bangun lepas matahari menyinari bumi .amboi ayat aku .tapi musim hujan sekarang memang baik bagi aku ,boleh buat overtime .kerja kumpul tahi mata bukan calang-calang punya kerja .konsentrasi dan keselesaan amat penting .kerja macam aku ni sangat penting ,kalau takda ekonomi negara akan jatuh merudum .maka dengan itu negara akan mengalami inflasi yang teruk .




lepas kerja macam biasa kena mandi .aku bet semua lepas kerja mandi kan .sesudah meng-hensem-kan diri ,maka perut wajib diisi .gila kerja punya power takan tak lapar ye dak ? kerja aku banyak untung .segala peralatan kerja dan makan minum ditanggung .bukan tu je ,kalau nak rehat baca paper sambil menghirup segelas milo panas pun boleh .mana nak dapat kerja power macam ini .lepas kerja ,aku seperti biasa akan memilih untuk melepaskan tekanan kerja dengan melepak dengan member-member .tekanan kerja ?ya kerja macam aku ni pun ada tekanan .tekanan dengar budak2 memekak dan juga bunyi annoying brader repair kereta .pesen jadikan rumah jadi workshop .aku harap brader mekanik ni dapat buka workshop halal cepat2.baru aku punya kerja berjalan dengan lancar .




lepak dengan kawan sambil sembang kencang tambah kutukan dan carutan memang lain macam feel dia .aku kira bertuah lagi sebab masih ada lagi member yang kerja sama dengan aku .cuma lain department je .tak menjadi masalah .habis kerja lepak ,tak menjadi masalah bukan ? rasa puas lepak ,siap untuk bermain futsal .sekarang siapa tak main futsal ,dia berak tak basuh .semangat main futsal mmg tengah up time ni .sharp pukul 6 dah siap and tunggu member lain sampai .







10 minit lepas pukul 6 hujan pun turun .siap pakej ribut petir .semangat main futsal pun dah down .lupa sekarang memang musim hujan .

Wednesday, October 26, 2011

bulu oh bulu

beberapa hari yang lepas ,aku berpeluang melepak dengan member-member aku .ayat berpeluang tu korang boleh abaikan sebab aku rasa tiap-tiap hari aku lepak .cuma lepak pada hari itu dia punya feel lain macam .aku dah mula syak yang sesi lepak ni bukan calang-calang punya lepak .first ,mamak tu tahu-tahu je aku nak minum apa .lagi satu ,bulu dada mamak tu tak sehelai terkeluar dari baju .aku pun tegur mamak tu , 'baru shave ka ?'.mamak pun balas , 'biasalah sekarang trend tak main bulu-bulu dada ni '.mamak tahu trend .power .




sebelum mamak tu blah ,aku baru teringat yang aku lepak ni sebab aku nak makan sekali .aku pun order nasi goreng USA .mana boleh jadi member aku order nasi goreng kampung .aku tak nak kalah .kampung tak jauh ,USA lagi jauh .aku order sambil pandang nipis je kat member aku tu .lepak punya lepak ,puntung demi puntung rokok habis .tak sampai lagi makanan aku .takpa ,selalunya yang paling lambat makanan tu paling power rasa dia .aku cuba berfikiran positif .sementara tunggu makanan ,aku pandang langit sambil menyumpah2 tukang masak .ikutkan hati aku cuba nak memberontak dengan membaling gelas aku .tapi bila fikir balik kang aku yang kena bayar duit gelas tu .zaman sekarang ,duit tu kena plan awal2 dah nak buat apa .tak jadi memberontak ,hanya mampu menyumpah .




'adik manis ,ini punya awak punya nasi sudah sampai ' .kemain lembut mamak ni cakap .tak jadi aku nak sound .orang baik dengan kita so kita kena balas baik gak .'mamak manis ,terima kasih ' sound aku .aku makan dengan penuh feel habis .aku tak bagi can ,lalat datang aku lempang lalat tu .mana boleh share makanan dengan aku .makan punya makan ,aku perasan ada perisa tambahan kat nasi goreng aku .itu pun member aku yang bagitahu .'wehh mir ,bulu tu kau tolak tepi ,jangan makan ' .aku dah fakap .'bulu?' .aku dah tahu siapa aku nak attack .











aku syak bulu mamak yang baru shave tu .aku rasa aku tak silap .kali ni buat baik takda dalam wikipedia hidup aku .

Tuesday, October 25, 2011

kabooomm







anyway ,happy diwali to all hindus tak kira di malaysia ,nepal ,singapura dan juga di mana-mana .raikan dengan penuh rasa gembira .bakar saja mercun itu .aku pelik dengan orang melayu .tak pun aku jelik .bila orang hindu bakar mercun mula la keji macam-macam .lagi-lagi dekat fesbuk .kemain power ayat status kat fesbuk .racist kemain .kenapa aku cakap melayu ?so far ,aku nampak orang melayu je dok maki-hamun .'ahh bising betul keling ni ' , 'memekak betul ,pukimak punya keling ' .amboi amboi .yang kauorang main mercun time hari raya boleh pulak .aku pun sama main mercun gak .aku mengaku .sebab tu aku rasa kenapa aku boleh bakar mercun ,why not diorang ? so far ,aku tak pernah nampak lagi others races maki-maki orang melayu bila kita main mercun .




aku pernah kutuk cina , india bila diorang bakar mercun time raya diorang .well memang annoying bunyi dia .tapi diorang ni main mercun pun paling lama 2-3 hari je .kita main mercun puasa baru 5 hari dah bunyi .tak annoying cina , india dan apa segala jenis kaum kat malaysia ni ? bagi aku ,diorang boleh tahan dengan kita ,takan kita tak boleh tahan . diorang boleh tolerate dengan kita takan kita tak boleh ? and lagi satu yang aku perasan bila diorang bila main mercun tada keluar berita putus tangan ,putus jari semua .kalau ada pun aku agak putus selipar je .kadang2 rasa malu dengan diorang ni .aku ada seorang kawan india yang cakap dekat aku , 'kau agak puasa ke berapa dah keluar berita pasal mercun ni ? ' tak fakap aku time tu ? apa yang aku dapat cakap balik ,' haha ,celaka ' .tu je .





apa yang aku nak cakap bukan lah pasal mercun .respect each other .aku percaya kalau kita boleh tolerate each other ,kita sendiri yang untung .kalau kau baik dengan amoi ,kau akan dapat ang pow .tak untung gitu ?kui kui .lets us keep getting better and be 'malaysian ' .

Sunday, October 23, 2011

sepuluh

post kali ni aku nak buat stail Madey .sekitar bulan ini (ye la kot ) punya cerita .



1. aku dah agak misi 33 selangor sama macam angan-angan 16 september Nuar Berahim .


2. Stadium Shah Alam bukan sahaja sekadar padang bola malahan tempat himpun aktiviti politik .lepas ni konsert dan segala event buat kat sini .tak hairan padang serupa bendang .


3. tahniah kepada Terengganu dan Negeri Sembilan melangkah ke final .Hati-hati bermain di bendang .


4. Sejuta Umat ? .tolong jangan campur agenda politik dengan agama .boleh berjaya kalau tak campurkan agama dengan politik .


5. matinya Muammar Gadaffi ,Amerika bergelek sakan .masa Osama mati ,Obama berdangdut dah .


6. Arab Spring akan muncul banyak lagi.


7. bercakap benar adalah satu kesalahan di Malaysia .


8. salute kepada mereka yang berani protes kerana benar .


9. apa Lee Chong Wei kalah ? berhantu betul terbuka Denmark ni .


10. Al Fatiha Muammar Gadaffi dan RIP Marco Simoncelli yang terbunuh di Litar Sepang .

Wednesday, October 19, 2011

A Salute 1

manusia memang dilahirkan cukup hebat .aku jenis manusia yang cukup bertuah dapat mengenali beberapa jenis manusia yang hebat .tidak kira lah mengenali melalui pembacaan ,cerita orang dan yang paling best ialah mengenali manusia hebat itu sendiri .aku pasti korang pernah berjumpa dengan mereka yang hebat ni .bagi aku ,mereka yang hebat ini adalah mereka yang sangat cool .dan cool bagi aku bukan lah seperti kalau justin bieber potong rambut pendek pun minah terkinja2 ni jerit2 cool baby tu semua .yang minah dok terkinja2 tu aku harap korang sedar diri jangan sampai bunuh diri sudah .cukuplah menjadi bangang dengan meminati justin bieber .




kita ada mereka yang cool dari semua aspek .muzik , war , leaders , seni , teknologi , sports dan banyak lagi .bagi aku ,kita pernah ada Kurt Cobain ,Lennon dan P Ramlee melalui muzik diorang .kita pernah ada Steve Jobs dan bersyukur masih ada lagi Bill Gates .kita pernah ada Mokhtar Dahari dan masih ada Lee Chong Wei which is aku pasti kalau dia mati dia akan sebaris Mokhtar ,dan kalau aku hidup lama lagi aku boleh cakap kat cucu-cucu aku yang aku pernah melihat Chong Wei bermain .Wars ?ya dengan perang aku mengenali ciri-ciri pemimpin yang hebat .aku sangat mengagumi mereka yang boleh memimpin dan membuatkan mereka dipercayai .sangat sangat sukar untuk membuatkan kita dipercayai lagi-lagi bila nak buat bukan seorang tapi beribu-riban untuk mendengar kita .tapi aku yakin yang pemimpin kita masih belum layak digelar pemimpin .sebab masih ada lagi yang menentang .simple .





mereka yang hebat dari segi politik ? ya ada .Obama pernah dulu menjadi pemimpin yg cool .dia boleh buat mereka yang berkulit putih ni mengundi untuk dia ,percaya kat dia .which is unbelieveable yang selama ini perkauman adalah sesuatu yang kuat di Amerika .kenapa aku bercakap Obama PERNAH DULU menjadi pemimpin yang cool adalah sebab makin lama dia sudah mula menjadi bangang .aku ada kawan yang sangat cool .kawan sekelas aku dulu .dia memang seorang yang mempunyai ciri-ciri pemimpin yang aku percaya untuk menjadi pemimpin .sebab apa aku kata dia cool ?





macam aku cakap ,bagi aku pemimpin yang hebat adalah pemimpin yang dipercayai .time korang sekolah dulu mesti ada sesi pemilihan ketua kelas ,penolong ,tukang pegang duit dan etc kan .sebenarnya kalau korang perasan zaman sekolah lagi korang diajar berpolitik .bila cikgu tanya siapa yang layak jadi ketua kelas otomatik akan ada sorang cadang nama dia dan otomatik juga satu kelas akan setuju .takde sorang pun yang tak setuju .terserlah ciri kepimpinan yang utama iaitu dipercayai .bagi aku cuba kalau ada orang cakap dia suka main bontot ,secara otomatik mungkin ada yang tak setuju dia jadi pemimpin .cuba kalau dia ada aweksatu kelas yang gila kuasa time tu ,mungkin ada yang tak bersetuju gak .












cerita ini tiada kaitan yang hidup mahupun suda tiada .

Tuesday, October 4, 2011

Penyu





salam semua .baru-baru ni gua telah pergi ke terengganung .escort sepupu gua kahwin .ahh gua ingat kali ni gua nak post style karangan sekolah .harap gua tak lupa lagi cara nak buat karangan .ha calon spm kalau nak buat rujukan karangan untuk spm boleh juga rujuk kat sini .kalau result bagus ,baguslah kalau fail jangan salahkan gua .ambil risiko sendiri .hehe



Pada hari jumaat yang lepas ,saya dan keluarga saya telah melancong ke sebuah negeri penyu .Sebenarnya bukan lah pergi melancong tapi menrombongan sepupu saya bernikah .Pagi-pagi lagi saya sudah bangun .Bukanlah saya bersemangat nak bangun tapi disebabkan ketukan super kuat oleh adik saya pada pintu bilik saya .Maka saya pun bangun lalu bersiap sehensem mungkin .Kami sekeluarga lalu bergerak menuju ke kedai mamak untuk pecahlaju .Selesai saja pecahlaju kami terus bergerak bersama rombongan yang lain .



Hampir sejam lebih perjalanan ,kami singgah di Hentian R & R Gampang .eh silap Gambang .Maafkan saya .Selesai saja membuang masa dan apa saja kami teruskan perjalanan .Kali ini kereta bertukar tangan .Bukan badminton saja yang ada servis bertukar tangan .Kali ini Aryton Amir Senna pula yang memandu .Saya ingat kalau saya drive sudah tentu perjalanan yang mengambil masa yang lama akan menjadi singkat .Saya memang sudah bersedia dengan skill pemanduan yang super laju namun apakan daya saya terlupa di sebelah saya ada co pilot yang power dan teliti iaitu mak saya .Maka anda faham bukan perjalanan menjadi seperti biasa .



Kami melalui Cherating dan juga Kelutut .eh silap Kelulut .Maafkan saya .Kemudian melalui Rantau Abang .Saya tertarik dengan slogan 'Rantau Abang - Bumi Kediaman Penyu '.Saya mula berfikiran bangang dan terbayang movie Planet Apes .Penyu sudah menakluk tempat ini .Penyu mula berevolusi dan menawan Rantau Abang .Penyu telah mengambil alih tugas seperti nelayan dan juga pengusaha restoran .Saya mulai risau mana tahu ada penyu yang akan menahan kami dan menjadikan kami tawanan .Saya terlupa bahawa saya sedang memandu dan terus mengmbil inisiatif dengan melupakan fikiran bangang tadi .Kami sampai di Kuala Ibai untuk makan petang di tepi laut .Indah sungguh makan sambil menikmati angin sepoi-sepoi bahasa dan juga melihat tahi kucing di pasir .Celaka betul rosak mood makan saya .


Selesai saja makan , kami check in di sebuah homestay-RumahTumpangan Mak Teh .Bukan Rumah Urut okay .Saya mula berasa gembira kerana sebelah rumah homestay ada lagi sebuah rombongan sekolah .Semuanya perempuan .Namun perasaan gembira mulai hilang sebaik mengetahui penghuni sebelah merupakan budak sekolah form 1 .Pesen adik-adik .Keesokan harinya kami bergerak ke rumah pengantin perempun di Kuala Terengganu .Pernikahan berjalan dengan lancar .Alhamdullilah .Habis .Kbye .