Thursday, March 31, 2011
semangat yang hilang
sorry tiada mood untuk meng-update blog . semangat gua dah hilang .dunia gua dah padam . perlu masa mungkin .harap semangat gua buka balik pintu untuk gua .mood berkabung . assalaamualaikum .
Wednesday, March 23, 2011
entri khas untuk puteri jawa
sebab-sebab gua nak lu balik :

1 .gua sayang kau .
2.aku chenta kau (bahasa melayu klasik weh)
3.gua punya perasaan kat kau je .
4.gua nak kahwin dengan kau .(amboi,amboi,amboi )
5.gua tabole lupakan kau .
6.sbb kau punya aura magnet kuat .(kat gua je lah )
7.kau buat gua sayang kat kau wehh .
8.kau lain dari yang lain .
9.gua nak kau je yang teman gua tgk wayang (:
10.kau kuat makan . best .
11.kau berkorban masa,tenaga dan wang hengget semata2 nak ajar gua .respek.
12.gua nak duduk dekat london dengan kau . impian .
13.kau tak kedekut dengan gua . respek sekali lagi .
14.kau sentiasa menyokong gua punya minat . terharu .
15.kau punya IQ level tinggi .so konpem dapat anak bijak bestari .hee
16.kau selalu buat gua jeles . comel kan .haha
17.kau cantik .no doubt .
18.kau selalu buat gua rasa nak gaduh dgn kau .comel lagi .
19.kau orang baik yang baik . fahamkan .
20.gua sentiasa nak buat kau marah .suka tgk muka kau marah .
21.kau sentiasa buat gua nak kontek kau tiap2 hari .
22.kau couple gua paling lama . cayalah kita .
23.kau pelik .
24.sanggup tukar tuition center demi gua . respek dan terharu .
25.belikan gua kasut futsal walaupun kau tak minat aku main bola sangat .
26.sentiasa bersabar dengan gua .
27.gua tapernah jumpa lagi cubitan yang paling sakit tahap gaban . kau je yang boleh buat .kagum .
28.kau brutal . unik .
29.sebab gua sayang kau je tak lain tak bukan .
30.ye memang gua sayang kau .
31.sumpah tak tipu gua sayang kau .
32.kau mandrem gua eh ?haha
33 to infinity .sebab ILOVEYOUSOMUCH lah puteri jawa.

SITI NOOR FARAHIN AB RAHIM
Wednesday, March 16, 2011
jom berbasikal bersama AMIRzulhasni Awan
seperti biasa salam pengenalan pembuka bicara .assalamualaikum .seperti biasa juga pagi2 lagi gua dikejutkan oleh vibrator .haha gua nk ckp vibrate actually .terlucah pula .gua dikejutkan dari vibrate henpon gua .ok marah plak anis najwa nanti .sebenarnya gua pinjam henpon dia .henpon gua problem pula .tetiba je merajuk dengan gua .gua on je dia padam balik .merajuk lah tu en gua rasa .henpon anis canggih .ada flashlight ,lampu kuning wehh .ala henpon yang flashlight dia kat atas body tu .vintage tau henpon ni .haha .sial je gua dah pinjam komen pula .minta maaf anis time gua post ni setan duduk sebelah gua lah gua rasa .

berbalik pada vibrate tadi .vibrate tu berpunca disebabkan farahin koling .macam biasa lah ajak lepak .tapi kali ni awek indon drive .ok pembetulan,awek baru balik dari indon .minta maaf fina .gua tahu lu takan baca blog gua ni .fina ajak lepak .tapi dia tak ajak gua .gua sedih tapi gua peduli apa en fina .haha .setat dia camni .first fina pickup gua kat teratak mewah atok dan nenek gua .amboi mewah .metafora sangat kot .tapi bagi gua mewah .then hantar adik dia bermain bola bersama kawan adik dia .main bola apa gua tk tahu .jangan fikir lucah,tuhan marah .then pickup farahin pastu anis .
ngap ngap ngap .kitorang lepak makan jap .yeah kitorang plan nak p bukit cherakah .so kena makan dulu kasi kuat tenaga dalaman .malas cakap batin .nanti korang fikir lucah .kenyang perut suka hati .then hantar anis pulang .dia ada urusan dengan polis .buat hal lagi .kad pengenalan tak reti nak jaga .kan nak kena buat report .kemudian ,pickup farah pula .lepak rumah farah jap .mak farah mmg terbaik .cukup peramah dan tidak pemarah .then kitorang pun menuju lah ke destinasi yang ingin dituju .ohh lupa sebelum gerak aku makan gula2 yang mak farah bagi .saja bagitahu .
vroooom .......ekkkkkkkkkkk .sampai sudah bukit cherakah .'bang 4 orang' gua beli tiket .masuk sahaja terus gua dan farahin p tempat basikal .tak macam fina dgn farah p beli air dulu .nampak sangat lemah .haha .gua pilih basikal yang terbaik punya .kalau boleh gua tanak yang ada gear .tapi semua basikal kat situ ada gear .tak advance lah en .ok gua gebang .kalau boleh gua nak cari basikal yg macam anuar manang punya tapi takda .gua hampa .tapi memang best woo .memang syiok woo .memang best woo .memang memang lah .memang menguji habis lah .memang kena try lah .betul2 o liao !
vrooooom....ekkkk .sampai hakim seksyen 7 .lepak makan jap .kali ni lepak bersama boipren fina dan rakan2 boipren fina .boipren fina askar .sama gak dengan fina .training tiga bulan je .korang tahu lah training apa en .haha .berkhidmat untuk negara .bagus bagus .ramai gak kawan gua yang jadi askar .tak sangka betul lah gua .patriotik diorang ni .

kalau bagi gua basikal ni ,gua rasa takda masalah setakat naik bukit
Sunday, February 27, 2011
penantian yang cuak
assalamualaikum buat semua . anda semua apa khabar ? mood entry kali ni cuak . cuak bagi gua lah . korang buatlah mood sendiri .jangan buat mood bunuh diri sudah .bahaya tu apatah lagi berdosa .so jangan buat dosa .gua cuak sebab gua menanti . menanti apa kita tak tahu lagi . jom kita zassssss. oh lupa manada abang wahid lagi dah .boring kot 6 tahun asyik dengar zasssss je en .banyak benda yang gua menanti sebenarnya .kali ni gua nak share 2 penantian sahaja. jom kita terjah .ah sudah nas ahmad pulak menyibuk .
1 .SPM
pehh sapa tak cuak en bila dengar benda ni en . ada yang mati mengejut ohh .haha ye ye je gua ni .tapi macam rasional gak en .ok tak .spm punya test gua dah jawab dah .dah lama selamat dah kot sampai kat pemeriksa yang bertuah . sekarang gua menanti result plak .tak tentu arah oh dengar khabar angin yang merata2 ckp result nak keluar dah .rasa nak dengar angin kentut la plak .lagi indah kot .ok sumpah jijik .gua tgk buletin utama tiap2 hari takda plak .ya gua tgk tb3 punya berita .nak tgk tb1 satu punya jangan harap lah .dia punya pembaca berita macam nak tido je baca berita. sumpah boring .harap gua punya result dapat warna melayang lah.mari kawan2 spm semalaysia kita berdoa bersama2 .dapat juga pahala .amin .
2.LIVERPOOL VS MAN UTD .
ha yang ni dah confirm tarikh dia . tak macam SPM .6 Mac gua punya cuak datang .gua tahu yang liverpool mesti menang punya game ni .tapi biasalah perasaan cuak mesti ada .gua bukan apa , tengok liverpool punya perfomance menurun la plak .kalah plak dengan west ham tadi . kalau kalah sedas tapa lah gak .ni tak tiga das dia bagi .memang terasa kecewa .tapi tak apa ,mungkin abang gerrard demam kot .takpa dimaafkan .gua tahu yang lu simpan lu punya das untuk kasi gegar itu manyu .tasabar tunggu game ni. tak sabar nak berkokok depan fans setan merah .haha .nasib baik gua ada sifat sabar . ya gua masih beriman .alhamdullilah .
Wednesday, February 23, 2011
mamak berbulu kedekut .
selamat hari rabu . semalam gua cukup marah , geram ,mengigil serta rasa mahu mengamuk . gua bukan apa . rasa kecewa yang teramat kot . semalam lepas sahaja gua balik bermain futsal gua rasa letih . biasa lah letih tu kan . suruh usain bolt lari setempat pun dia akan cakap letih kot . ha padan siapa suruh tak minum power root . okay tada kena mengena . tengah gua khusyuk main futsal , bob lak ajak balik .kalau ikut tenaga gua ,setakat main lagi 2-3 jam tanpa henti tada masalah kot .gua pun balik .sampai je rumah gua terus mandi . gua capai tuala dan terus menuju ke bilik air . masuk je dalm bilik air gua pun...ha takan mandi pun gua nak cer citer cer citer en . lepas siap je solat dan mengemas kini diri semua ,gua terus baring depan tv .

5 minit kemudian
"syafiq jom pergi makan "sound ayah gua . memang cantik sangat lah tu en .perut gua pun dah main lagu sofia jane .terus gua menuju ke kereta bugatti veyron warna putih .cadangan demi cadangan disuarakan pasal nak makan kat restoran mana . akhirnya , cadangan gua diguna pakai . gua mahu makan kat maple . mungkin gua rindu nak tgk bulu dada maple kot . okay sumpah geli . ayah gua terus menuju maple di section 13 bersebelahan restoran upin dan ipin bak kata adik gua . nama restoran maple tidak didedahkan . haha . turun je dari bugatti veyron ,gua terus cari table terbaik . table terbaik bagi gua ialah table yg boleh tengok tv . "white coffee ais satu pastu nasi goreng thai melayu punya tanak mamak ok "gua order .
10 minit kemudian
"nasi goreng thai " sound maple bernama Ali . cantik warna nasi goreng thai itu. buat lagi gua tambah selera . sudu sama garfu gua ambil dengan penuh lemah lembut lagi lemah gemalai.gua terus menggodek2 nasi goreng thai itu . " shit! " gua mencarut dalam hati . hanya ada 3 ketul ayam kecik2 je dalam nasi goreng gua . ya gua boleh kira . nampak sngat lah kan betapa sikitnya lauk dlm nasi goreng gua . perasaan gua tak tentu arah . baca baris paling atas post gua ni . itu lah perasaan gua . ayah gua pun perasan melihat keadaan nasi goreng thai itu . "macam nasi goreng kantin sekolah " adik gua pula menyampuk .
10 saat kemudian
ayah gua pun terus mendapatkan tukang masak . sesi temu ramah pun dijalankan .malas plak gua nak type isu temu ramah itu .faham sendiri lah eh . part yang paling best ialah time tukang masak tu cakap " itu bos tak bagi saya letak ayam ,sotong mahupun udang lebih dalam masakan malah dia suruh saya kurangkan lagi " .kemudian , sesi temu ramah bersama bos pula diadakan .

*gambar sekadar hiasan
"babi punya mamak berbulu kedekut " gua mencarut dalam hati lagi .
12 tahun sudah (:
1999

*dedicated to Nur Ain Syahira bt Asri who celebrating the birth on 23 february .
gua masih ingat lagi . ya gua masih ingat lagi . mmg sah gua masih ingat lagi . gua masih ingat lagi betapa gembiranya gua dapat adik lagi . gua rasa macam nak terbang dan berlari malah melompat waktu itu . bukan apa , ternyata gua masih lagi comel dari adik2 gua. ini fakta . bila saja kau melihat dunia , gua dan azim teruja malah risau . ya gua cakap risau . bukankah sepatutnya tiada wujudnya perasaan risau ? ya gua dan azim risau ,bimbang dan cemas . gua dan azim risau sebab susah nak dapat mainan lagi .risau sebab tidak lagi menjadi tumpuan mama , baba , tok ,wan ,pacik ,macik ,malahan rukun tetangga juga . ya gua berfikiran kolot waktu itu . ya gua masih hingus lagi waktu itu . tapi azim lebih berhingus dari gua . satu lagi fakta .
gua masih ingat lagi kemalangan yang menimpa kau . bukan salah gua . salah abang kau yang berhingus tu . ya kita bermain riang ria di ruang tamu rumah . kita main nyorok2 ,polis sentri .alangkah indah waktu itu . tapi tidak sangka kemalangan sebegitu akan terjadi . gua masih ingat lagi sedang kita main kejar2 , tetiba azim tertolak kau . kau terjatuh dan lelehan merah mengalir dan memancut2 di kening kau .okay part darah memancut tu gua tipu .saja nak nampak gempak sikit. gua dan azim terkedu , terkesima apatah lagi terkejut . gua dan azim saling menyalahkan satu sama lain . comel waktu itu .sekarang pun masih lagi macam tu .haha . ok sambung cerita balik . gua dan azim risau , cemas dan bimbang .ingatkan waktu kau lahir je kitorang akan rasa macam tu . ternyata gua dan azim silap . waktu tengok saja darah mengalir ,terus saja nama mama dilaung . mama sangat risau melihat keadaan kau waktu itu . mama terus telefon baba . gua pun pelik macam mana handphone ada kat tangan mama dah . mama ada kuasa luar biasa agaknya . saja tanak tunjuk la kot gua fikir . baba waktu itu sedang bekerja . tasampai 5 minit baba sampai . sangat pantas macam the flash . gua fikir baba pun ada kuasa luar biasa macam mama . saja tanak tunjuk .tak apa ,merendah diri namanya tu .
gua dan azim stay kat rumah . waktu dalam rumah , gua dan azim tak tentu arah . azim menangis macam budak kecil . ya aku lupa yang aku dan azim masih kecil waktu itu . maka tak salah kalau azim menangis . padahal aku pun nangis . nasib baik comel . lebih kurang setengah jam , kau pulang . ya kening kau berjahit .tapi kau tak menangis langsung . mungkin kau pun ada kuasa luar biasa . sama macam baba dan mama .kau saja tanak tunjuk .aku dan azim bole lagi tanya soalan , "sakit ke dik ?". confirm2 ah sakit en .tapi tak mengapa aku masih budak kecil waktu itu . maka dimaafkan lah en .
2011
sehingga ke hari ini , parut di kening kau masih ada . parut kot, mana boleh hilang kan . ya kening kau macam david beckham . cuma kau punya lagi gempak sbb terjatuh . beckham kena but busuk alex ferguson .nampak sangat tk gempak lah en . biasalah Man Utd mmg busukk pun .
kau membesar dengan sihat , cerdas lagi cantik .sudah besar rupanya kau . macam baru semalam je tgk kening kau berjahit .haha .tahun lepas kita dapat adik baru lagi . kau pun dah rasa apa yang aku dan azim rasa kan waktu Nana lahir kan ? kan ? kan ? haha . selamat hari lahir adik . gua sayang kau .semua orang sayang kau .selamat hari lahir sekali lagi adik .

*dedicated to Nur Ain Syahira bt Asri who celebrating the birth on 23 february .
Saturday, February 19, 2011
Maaf macik ,tinggal sebelah je .pakai sebelah lain lah .ok ?
hello manusia yang penuh dosa sekalian . pengalaman bekerja terus ditimba . mula dari angkat pinggan , cuci pinggan , gaul ayam , masak ayam di sebuah restoran makanan segera terkemuka yang dah ada 500 cawangan . maka ,takan tatahu lagi . takan lah McD kot .apa class en .haha. best memang best .tapi gua hanya kerja sebulan je . saja nak cari kerja lain .ceh padahal gua malu nak mengaku yg gua tak tahan sebenarnya .haha . selepas berhibernasi selama hampir 2 minggu kot dalam bilik. tetiba mimpi gua diganggu nada dering telefon bimbit . member gua call minta tolong kerja . nasib baik gua ada sense of sympathy . gua pun terus bergegas menuju destinasi . gua bukan apa ,kang lambat dtg nnt ,dengar berita lak yang kawan gua mati sebab penat susun kasut . gua sebut kasut . so ,obvious sudah la en yang gua kerja kat kedai kasut . ala kedai kasut yang femes lagi berstatus tinggi tu lah . KEDAI KASUT BATA .femes kan ? haha . gua sampai2 je dah kena susun kasut . tak sempat nak kenalkan diri pun .gua pun terus faham kenapa member gua minta tolong . sebokk dohh . part yang paling best kerja ialah aku dapat main panjat2 rak kasut . hoho best do . rasa macam spidey je . haha . lagi satu part yang best gak ialah time nak cari kasut . babi apa beribu riban kot . ada code pun macam tak membantu . pressure gak do .tu yang best . haha . baru rasa tertekan sikit . fewwit . part yang paling best ialah apabila segala penat lelah diubati dengan wang ringgit . fewwit lagi la en . kepada member2 gua yang bekerja . macam biasa ,duit gaji tu buat belanja aku makan . fewwit lagi ah . contoh macam brader kat bawah ni .

best kot cuci pinggan-najib :D
haha gurauan semata-mata okay abang ajib . sekali lagi ,kerja lah rajin-rajin wahai member gua yang disayangi .ye,aku sayang korang .bukan bodek ok .sekali lagi .gua tak bodek .bhaha . last but not least ,happy birthday kepada MUHAMMAD IKHWAN YAAKOB . bila kau nak menang ni lawan winning eleven dengan aku ? hoho .tidak lupa juga ,happy birthday juga kepada sis yang dicintai,NUR AIN SYAHIRA ASRI pada 23/2 . assalamualaikum .
Subscribe to:
Posts (Atom)